JAWAPAN AMALI 1
 

SOALAN 1.

       Lakukan lawatan komputer anda yang dilengkapi dengan persekitaran Internet.

       Tempat makmal yang dilawati adalah Pusat Komputer UPM.

A)  Senaraikan semua kelengkapan yang di gunakan dalam proses mewujudkan
      makmal Internet.

      Di dalam mewujudkan sebuah makmal Internet, kita memerlukan perkakasan -
      perkakasan yang membolehkan sebuah rangkaian Internet beroperasi. Diantara
      perkakasan-perkakasan tersebut adalah:

    1. Pelayan (server) / Host
    2. Pelanggan (Client)
    3. Modem
    4. Bridge
    5. Hub
    6. NIC (Network Interface Card)
    7. Kabel pasangan terpiuh tanpa pelindung (Un Twisted Pair Cabel)
 B)  Lakarkan satu gambarajah bagi menunjukkan konfigurasi perhubungan sistem Internet di
       makmal tersebut.
 
 
 
 
 

 
SOALAN 2.
 
    Berdasarkan senarai kelengkapan yang dinyatakan di atas, nyatakan kegunaan dan versi
    peralatan  dan pengeluarnya. Anda boleh mengghasilkan satu jadual bagi jawapan di atas.

     
    Jenis kelengkapan Versi Pengeluar Kegunaan
     

    Server

     

    Suns parc5 FD 7130 Series 19" Rock

     

    SUN Comp. Corp.

     

    - digunakan untuk menyimpan data yang akan di gunakan oleh pelanggan dan untuk perkongsian sumber yang terhad seperti printer , scanner sebagainya. 

     

     

    Client / Pelanggan

     

    Digital Decpc LPv+ 450d2

     

    Digital Corp.

     

    - Pelanggan adalah sebuah komputer 
    yang mendapatkan perkhidmatan seperti perkhidmatan melihat data , mengemaskini data dan lain-lain. 

     

     

    Modem

       

    IBM Corp.

     

    - Modem adalah alat yang digunakan 
    untuk menghubungkan komputer 
    yang lain dalam jarak yang jauh. Ia akan menukar isyarat analog dari talian telefon awam kepada isyarat digital. 

     

     

    Kabel Pasangan Terpiuh.

     

    UTP Cat File

     

    AT&T Corp.

     

    - digunakan untuk membawa data 
    jenis analog dan digital. Ianya Banyak digunakan sebagai tulang belakang (back bone) bagi sistem telefon dan juga komunikasi antara bangunan. Di dalam hal ini UTP digunakan untuk menyambung kan NIC ke Hub. 

     

     

    Hub

       

    - digunakan untuk memecahkan function menjadikan nod yang banyak. Ia mewujudkan satu rangkaian fizikal/ ianya di gunakan untuk memautkan LAN yang sama jenis tetapi menggunakan bahantara yang berbeza. 

     

     

    NIC (Network Interface Card)

         

    - Sebagai fungsi tambahan kepada 
    PC /Client . Ia digunakan di dalam 
    komputer untuk berinteraksi dengan rangkaian. 

     

     

    Bridge

     

    MAC bridge

     

    IBM Corp.

     

    - digunakan bagi memautkan rangkaian - rangkaian setempat (LAN) yang berada jauh diantara satu sama lain atau beban pengguna adalah tinggi bagi satu rangkaian fizikal. 
     

     
 

SOALAN 3.

   Nyatakan juga perisian yang digunakan untuk membolehkan Internet dapat beroperasi di makmal
   anda. Huraikan setiap perisian dan versi jenamanya sekali.

   Diantara perisian yang digunakan untuk membolehkan Internet boleh beroperasi di dalam makmal
   tersebut ialah:

   1) TCP/IP

TCP/IP adalah teknologi protokol bagi sistem rangkaian komputer. Protokol ini diwujudkan untuk melicinkan komunikasi diantara dua entiti atau lebih. Di dalam konsep rangkaian komputer, enti perlu berkomunikasi di antara satu sama lain walaupun terdapat perbezaan di antara mereka. Maka protokol perlu apabila dua sistem yang berlainan ingin berkomunikasi. Protokol adalah satu set peraturan yang digunakan bagi membolehkan dua sistem yang berlainan bentuk data untuk berkomunikasi. Maka umumnya TCP/IP adalah protokol yang paling banyak digunakan di dalam meewujudkan sesuatu rangkaian. Protokol ini mengandungi koleksi protokol yang telah diisukan sebagai piawaian bagi Internet Activities Board (IAB).
 
    2) Topologi Star Topologi Star digunakan di dalam makmal ini yang dibina oleh Novell S-Net. Kebiasaannya topologi ini disambungkan di antara satu sama lain dengan menggunakan sistem wayar PBX. Di dalam topologi ini setiap stesen akan dihubung secara terus kepada satu nod / stesen pusat menggunakan dua talian titik ke titik bagi setiap satu arah transmisi yang dikenali sebagai star coupler. Dalam topologi ini terdapat dua operasi yang boleh digunakan oleh nod / stesen pusat iaitu broadcasting di mana stesen pusat akan menyebarkan (broadcast) isyarat yang diterima kepada semua stesen dan satu lagi iaitu peranti pensuisan di mana stesen pusat akan menerima isyarat yang diterima dan menghantarnya kepada stesen penerima sahaja.
 
     3) ATM (Asynchronous Transfer Mode) Teknologi ini dikenali sebagai "cell relay" dan ia mempunyai konsep yang sama dengan "frame relay". Teknologi ini boleh menyokongg kadar data yang lebih besar daripada teknologi "frame relay". Teknologi ini juga dibangunkan sebagai sebahagian rangkaian daripada rangkaian ISDN Broadband. Piawai bagi ATM diisukan oleh ITU-T dan kadar datanya yang telah ditentukan ialah 155.52 Mbps dan 622.08 Mbps. Sambungan logikal di dalam ATM dirujuk sebagai sambungan saluran maya (VCC-Virtual Channel Connection) ynag berfungsi seperti litar maya di dalam X.25 dan sambungan pautan data dalam frame relay. Paras adaptasi ATM (AAL) di wujudkan bagi menyokong protokol transmisi maklumat yang tidak berdasarkan ATM seperti PCM (Pulse Code Modulation) dan LAPF.
 
   4) Pengoperasian rangkaian (NOS) adalah O/S2
    Perisian sistem yang direkabentuk khusus untuk memenuhi pengopersian sistem rangkaian komputer terrkini adalah OS/2 (Operating System/2 atau Sistem pengendalian 2).Tujuan OS/2 direkabentuk adalah untuk membolehkan penggunaan kuasa pada keluarga mikropemprosesan Intel 80286 / 80386 / 80486 dan pada 1987 ia duumumkan sebagai pembangunan OS/2 dengan usaha sama IBM dan Microsft Inc. OS/2 mempunyai sistem aplikasi yang hampir sama dengan Windows kerana ia menawarkan kaedah GUI kepada pengguna yang lebih Userfriendly. OS/2 berkebolehan dalam mencipta satu/ lebih komputer virtual melalui pengurusan memori ( virtual komputer hanya wujud dalam memory ). Dengan itu, OS/2 boleh digunakan oleh single user OS bagi PC dan OS rangkaian. OS/ 2 memberikan perkhidmatan sebagai pengawal dan memenuhi tugas pengurusan perkakasan dengan membaca / menulis ke dalam penimbal. OS/2 juga memindahkan data daripada penimbal kepada pemprosesan, paparan / pencetak.
     
   5) API (Application Protocol Interface)
    API digunakan dalam pelbagai cara ,untuk dimasa kini API yang digunakan adalah standard 3270.Sebagai API ia membolehkan program aplikasi sesebuah komputer PC-Based mengambil alih pengawalan di dalam mengatasi terminal dan kerana itu komunikasi adalah secara langsung dengan sebarang program aplikasi dalam sebuah host / server. API mengandungi fungsi kebolehpercayaan kepada seorang pengaturcara aplikasi sebuah PC / Client.Fungsi ini berfungsi sebagai operasi yang mengarahkan Keystrokes dan menyelidik atau memeriksa output bagi sesebuah Sever / Host. API sebagai terminal 3270 memberi perkhidmatan sebagai antaramuka diantara sebuah program PC dan terminal-terminal utama yang memaparkan peralatan. Dua fungsi primer yang perlu ialah satu kesan input host / server melalui fungsi sebuah Keystrokes dan melaporkan sebarang output dengan mencari kanduungannya melalui field yang sesuai dari paparan semasa. Nombor 3270 API adalah keluaran firma yang standard tetapi High Level Language nya diperkenalkan oleh IBM untuk original 3270 PC . Ia memasarkan versi untuk beberapa pemprosesan bahasa seperti BASIC, Pascal, C dan COBOL. Selain itu 3270 sebagai produk yang berstandard tinggi juga mempengaruhi penghantaran pakej dan peranti antaramuka maya yang dibina menggunakan APIs.
     
   ETHERNET
 Ethernet dibangunkan oleh XEROX dalam tahun 1970s dan bergabung dengan DEC dan Intel tm .Kini Ethernet adalah dari 3Com corporation dengan pelbagai produk ditawarkan dengan syarikat-syarikat Excelen dan Torus System. Gordon Metcalfe adalah pengasas 3Com merupakan salah satu pendaftar Ethernet. Ethernet bermula dari asas standard 802.3 kini mempunyai keluaran yang terbaru.Iaitu yang digunakan sekarang ini adalah IEEE 802.3. Ethernet ini telah ditimbangkan dalam satu standard LAN dan dari sini ia digabungkan diantara pemasangan PC-LAN. Ethernet yang digunakan kini adalah sebuah baseband CSMA/CD dimana operasi rangkaiannya pada 10Mbps dengan maksimum panjang kabel 2500 meter. Kebiasaannya kabel yang di gunakan untuk perhubungan ini adalah kabel pasangan berpiuh.
 
 
  AMALI  KELUAR  |  SETERUSNYA